<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d557373401289587290\x26blogName\x3d90\x27s\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://sigadisunggu.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://sigadisunggu.blogspot.com/\x26vt\x3d7950338480362570275', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Love is our Resistance
They'll keep us apart, they won't stop breaking us down

Belog Directory pari

This lady love to known as LALA. She will turn one age every on 25 December ! College student. Love and crazy with Purple,Pink and Shawl Killer Fans for N9 Football Team.


RULES of mine pari

posto NO scammers
posto NO vandalism
posto This is a copyright of mine
posto RESPECT mine RESPECT yours
posto Dont like? Get off!

I Love Lenkapari

"He's there in my heart,
He waits in the wings
He's gotta play a part "





Please! I wish for pari

heart IPOD APPLE
heart IPAD TOUCH
heart VAIO LAPTOP IN PINK
heart PURPLEPINK WEEDDING
heart GRADUATE AND KONVO
heart MYVI IN SOFT PINK

Tagboard pari

If you dont mind, share your link. thank your for visiting



OnlineShoppingpari

The way i loose my money♥

Shawl cantik dari kak ika

Linksboard pari

Meet the people I love♥

Nadia comel saya!
Kim a.k.a Wiena

Cerita cintan cintun wiena

Wiena punya jugak

Past entries pari

Are you sure you want to turn back the time and read about my past?

October 2010


Special Thanks pari

NEVER REMOVE THIS SECTION!

Layout Designer:
♥chocodiiction-lovesxoxo*
Others:


Wednesday, October 27, 2010

buat pertama kali dalam kehidupan aku.aku dilanda satu dugaan yang sangat menyakitkan.terasa bebanannye. tak pernah dalam idup aku ditampar sebegini kuat. aku faham aku dah lama melupakan DIA yang berkuasa aku akui. kali ini DIA meningatkan aku dengan begitu dalam kesannya amarannye aku seakan mengerti.

Ya Allah, aku mengakui kesalahan aku. Hentikan la dugaanmu ini Ya Allah. aku tak mampu lagi untuk bertahan. namun aku berterima kasih atas ingatanmu pada ku ya Allah agar aku tidak lalai lagi maafkan aku ya Allah. Ampuni dosaku

♥keep the love always in heart
12:46 PM

Tuesday, October 19, 2010

19.10.09 tragedi dua jiwa accident bertembung lalu menjadi sebuah kereta cinta yang akan sentiasa bergerak tanpa guna minyak ataupun solar cuma mengguna kan kaseh sayang, rindu, kesetian, keikhlasan, kejujuran dan hormat menghormati dan kereta ini dilengkapi dua insan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Hari ini kereta tuh sudah bergerak tanpa henti selama setahun dan sedang diservice untuk selalu berada dalam keadaan baik dan meneruskan pengembaraan. -End of Jiwang karat-

Point aku sebenarnya nak cakap nak bagitahu nak gedik. Alhamdulillah hubungan cinta aku dan dia selamat menyempurnakan 365 hari pengembaraan dan aku mengharapkan perjalanan ini tiada tamatnya.

Abg, terima kasih hadir dalam idup sayang. terima kasih sebap melengkapi hari hari yang sayang lalui. i owes love you. tenkiu for accept me as i am. i miss you badly abg :')

♥keep the love always in heart
11:21 PM

Sunday, October 17, 2010

Bila semuanya kering

Disuatu pagi, aku bangun seperti biasa. Mandi seperti biasa semuanyalah seperti biasa. Tibe tibe terdengar satu bunyi. "Kriok kruk krekk" dari mana pulak datang bunyik dalam rumah yang tengah sunyi sepi ni. Aku gelisah segala macam bulu naik sudah. Bunyi tuh hilang legalah sikit hati tapi bunyi tuh berhenti seketika. Aku gabra rasa ada air yang mengalir, air peluh. Aku duduk dan cuba memahami bunyi itu datang dari mana dan apa dia mahu.

Bunyi tuh mengarahkan aku pergi ke dapur. Apa kau nak sebenar ni bunyik! Aku didapur semakin kuat bunyik itu berbunyi sangat dekat dengan aku kuat dan bising seolah olah memberontak. Aku mengerutkan dahi tak semena memegang perut. Hoish perut wa rupanya yang berbunyi kelaparan hampeh punya bunyi. U make me scared la perut.

Sebenarnya wa nak cakap dapur wa kering kontang dah barang dapur wa dah abis. Almaklumla dah tengah bulan. So apa boleh buat? nasi goreng je lah ari ari kan senang orang bujan cam wa ni. Wa tak kaya cam lu orang ada kereta sebijik dua bijik. Wa ada kaki je tapi wa malas gila nak jalan pergi kedai yang jauhnya berbatu batu tuh panas terik semua. Padan dengan muka wa la kan.

p/s: ari sabtu dan ahad ari tido nyenyak sedunia.

♥keep the love always in heart
2:03 PM

FINALY

Sukses menukar baju blog setelah lebih 12 jam tanpa jemu mencari skin yang cute and over cute dan menukar coding coding bodoh ni.

Special thanks buat pencoding yang berjaya. Aku punya BestFriendForever Nurul Syazwina Nasharuddin yang telah mengabdikan diri untuk tolong tukar baju blog setelah aku rasa give up aku dah sampai kemuncaknya. Tenkiu Wiena without your help i wont get this super duper cute skin.

♥keep the love always in heart
1:51 AM

Saturday, October 16, 2010

Kosong

Arini sumpah boring. Pagi tadi member ajak jalan jalan tak nak sibuk nak dating sama tilam dan bantal. Kesudahannya sampai sekarang duduk sorang sorang macam orang bodoh. Bukan tak nak ikut secara sengaja tapi i was thinking about my money too. lagipon semalam dah terbeli barang on9. I shawl lover so yesterday i saw shawl yang i dah lama mengidam tapi tak dapat sebap mahal. Maybe tak tahan dah ambik kau dah isi dan submit form.

Arini jugak aku try carik satu benda tuh tapi sampai malam still tak jumpa! wat the heck! bengang bengang dah bengang. ok bai

♥keep the love always in heart
8:11 PM

Detik itu

kalau lah boleh diputarkan masa....

- Takkan pernah aku buat ibu bapa aku menangis kerana kesalahan aku
- Takkan pernah aku mempersiakan pelajaran aku
- Takkan pernah aku abaikan amalan aku
- Takkan pernah aku abaikan duit poket aku
- Takkan pernah aku kecewakan harapan mereka
- Takkan pernah aku ______________

banyak sangat la pulak nak taip tapi aku akui benda nagatip lebih "berjaya" dari benda positip pernah aku buat. terukkan? aku tak perfect mesti ada silap. dan aku belajar dari kesilapan kecuali menghabiskan duit beli barang online. Jangan salah kan aku, salahkan barang barang yang lawa tuh.

Move On the best way to have new life kan kan kan

♥keep the love always in heart
1:31 AM

Friday, October 15, 2010

Rupanya

Macam ni rupanya.kita bagi madu korang campak cuka dekat aku. terima kasih banyak banyak aku akan ingat sampai bila bila. walaupun perkara tuh kecik tapi kesannya sedalam 7 inchi tertanam dalam hati dan kotak memory. aku pakai RAM ok so aku ingat.

tapi even korang bagi aku cuka sekalipon hari hari aku akan tetap bagi madu. Sabar lala Sabar :)

♥keep the love always in heart
5:29 PM

Kalau dah nasib badan

itulah setelah sekian lama dibiarkan happy tak henggat dunia. Selepuk cobaan dugaan yang datang melanda dipukul pukul badan ni macam ombak tepi pantai sekali dia bedai habis semuanya.

Yang aku tak puas hati tuh boleh pulak nak final tengah sibuk sibuk menguruskan urusan sulit seri paduka Laptop Acer kesayangan gua bikin hal! gelap gulita lappy aku tanpa bermandikan cahaya LCD. sebap apa? sebap LCD dah hangus dah terbakar maka screen laptop gua jadik macam tingkap kereta kena tinted setebal 1cm. Malas nak cerita kalau nak tahu one set nak tukar screen + LCD baru harga dia dalam RM 700 wooohh kaya nye aku -.-" memandangkan ekonomi tak berapa nak stabil maybe aku akan betulkan dalam masa 2 bulan akan datang. 2bulan tanpa laptop? takpe masih waras lagi.

Tak cukup dengan tuh, handphone aku pulak masaalah yang sama screen jugak! tak paham fesyen apa masaalah aku kali ni. Mungkin setiap handphone tak da yang perfect so handpone aku ni slide punya suka tutup katup so kabel dalam henpon tuh rosak membuatkan screen aku jadik macam telibisyen habis siaran. nak repair RM 70 ouh cantik sungguh suka abis :')

tulah dikatakan kalau dah nasib badan tempuh jelah. redha dan cuba carik penyelesaian. Aku tahu hikmah hikmah yang terjadik ni. Lappy baru dan Henpon baru yay!

moral of the story jangan sedih bila barang rosak sebab itu tanda anda dapat baru :)

♥keep the love always in heart
12:33 PM

Anna Angah Shana

Tak lama lagi budak budak second intake poli nak masuk. Opss aku tak belaja di poli, poli tak nak aku. tiba tiba sebak pulak nak taip ni. oke oke kesat air mata sebelum jatuh berbaldi baldi.
Macam ner aku tahu pasal second intake ni? Pasal adik aku kira dia keluar lewat 2 tahun dari aku

Angah atau Anna atau Shana panggilan manja dekat rumah. Seriusly aku cakap aku bengang gila bila dapat tahu aku kena kongsi bilik dengan dia sebap sebelum ni aku konker satu bilik tuh since darjah empat lagi kot! tetibe aku masuk kolej ibu aku kata biarlah dia tido dalam bilik kau tuh. kau tuh bukannye selalu balik. Alamak! ok fine tak pe mula mula tak biasa lama lama oke dah setiap kali aku balik tido sana malam malam mesti ada pillow talk.

Angah tak pernah tinggalkan rumah sejak dia lahir kecuali pergi sekolah dengan pergi kerja. so bila balik rumah ada je muka dia. Angah ni lawa dari aku sumpah tak tipu! so aku jeles hahahha bodohkan. Dulu tak usah cakap masa belum mature *sekarang aku dah matured sikit ok* bergaduh je ada je nak digaduhkan. bila time dah berbaik! jangan cakapla rasa rasa macam tengok kitaorang adik badik paling cool lah hahahaha

Tapi bulan depan, angah dah tak selalu dekat rumah dia sambung study dekat poli PD yes memang dekat tapi tak semestinya tiap minggu dia balik tiap minggu aku jumpa dia. Dengan sape aku nak pillow talk dengan sape aku nak gadoh? mungkin sebap angah tak pernah berjauhan dengan aku jadik aku rasa lain sikit *ok begenang sikit air mata* dengan sape aku nak pinjam duit masa aku sengkek doh?

Anna, kenapa kita rindu kau sangat sangat time ni :') nanti kau dekat sana belaja rajin rajin ea. jangan gaul dengn budak budak yang tah macam hape hape kat sana taw angah. Angah jaga diri elok elok taw angah. kawan dengan orang yang kuat agama taw angah. Jangan bagi lelaki dekat dengan kau dan apa apakan kau. If diorang berani, jumpa kak long dulu. gua nak belasah diorang!

Along sayang kau angah, sejauh mana along suka marah marah kau tapi dalam hati ada taman. along rindu kau nanti. Kiera, Fatieha, Ijat ngan ned mesti rindu kau punya. Angah tolong la jaga diri elok elok tolong ea angah. Jangan merayau kesana sini atleast let us know. Along akan jenguk kau anna kat poli nanti kau jangan risau ea. Jaga makan minum. *bederai abis airmata meleleh hingus*

KAMI SAYANG AWAK NURSHAHANA BINTI ZOLL!!

♥keep the love always in heart
1:23 AM

Thursday, October 14, 2010

Belum Sempurna

Masih belum sempurna. Kepala belog aku. tengah berfikir dan memikir. cute atau skema cartoon atau nature ouhhh banyak sungguh yang bermain di fikiran. Layan kan aje.

♥keep the love always in heart
9:25 PM

Sudah aku duga

Yer mungkin hobi dan kesukaan bila suka sangat buat belog baru setelah blog lama yang tak berapa lama guna sudah tidak dapat dibuka di atas kecuaian dan kelupaan terhadap Username Dan Password!

Yea agak bengang disitu sebap aku bukan jenis ataw spesis manusia yang sangat rajen untuk mengedit belog. Sudah berapa banyak aku punya belog?

Ya ini belog yang ke-4! kalau lah ada pengemar belog sejati mungkin aku dikalangan yang terpilih sebagai pemenang saguhati sebap juara dah confirm tak boleh. dan mungkin juga pemenang sebap blogger ter-RAJEN? ye sapa tahu kan

♥keep the love always in heart
6:23 PM